Sunday, December 15, 2013

Sesuci Salju

As salam..
Insyaallah ni artikel pilihan yang akan dihantar ke sebuah majalah..

Boleh comment masukan ..
:)

Sesuci Salju


    Kaki mula terus melangkah dengan berbaju kurung dan tudung bawal bidang 45’ ke tempat pendaftaran..Melihat sekeliling untuk mencari sesuatu perubahan.Bagi ku inilah masanya untuk melakukan sesuatu yang telah lama diangankan.Kehidupan universiti  adalah sesuatu yang  diimpikan sebagai tanda aku sudah dewasa.Ditempatkan di universiti  yang tiada seorang pun teman rapat bersama.
Dalam hati mula berkata,”Ini adalah ketentuan takdir.Alhamdulillah.”

   Ketika menunggu giliran untuk pendaftaran selepas habis mengisi boring-borang yang dikehendaki,tiba-tiba ada seorang berlainan jantina duduk sebelah kerusi aku.Sebelah kerusi kot.Dalam hati dah mengomel macam-macam dah.

“Kalau ya pun selang la satu kerusi nak duduk pun.Ni bikin hati panas ni.”Memang tunggu nak cepat-cepat bangun ja ke meja pendaftaran.

Setiap kali waktu orientasi,kalau nampak ja muka si pencari nahas tu memang muka aku terus tegang.Konkrit.

Hati remaja.Kalau dilayan binasa diri kelak.

Selepas semingu di alam kampus,dengan takdir Allah caj positif bertemu caj positif.Bila pintu bilik diketuk terus terasa seperti hati juga diketuk.Halaqah.

Itu adalah kenangan setahun yang lalu.Usia setahun ditarbiyyah mampu mengubah diri hampir 180◦.
Terasa seperti mustahil kan tetapi ianya mampu aku lakukan.Alhamdulillah.




 “Anna,dari mana ni?”.Tanya Sofia,roommates aku dari semester pertama lagi.

“Oh ya,dari surau solat subuh berjemaah tadi.Sofia dah solat subuh belum?”.Tanya selepas melihat Sofia masih di atas katil berselimut.

“Dah.Baru nak tidur sekarang ni”.Jawab Sofia dalam keadaan mata terpejam.

Aku melihat laptopnya terbuka di atas meja belajar.

“Ni mesti baru habis layan movie korea kegeraman dia la ni,sanggup tak tidur”.Gumam aku di dalam hati.

Sofia,seorang yang periang dan peramah bagi aku.Sangat suka bergaul dengan semua orang.Perempuan mahupun lelaki akan ditegurnya jika berselisih atau bertemu dengannya.Hatinya sangat baik tetapi hanya satu benda yang kurang pada dirinya,tidak bertudung.Dia lah yang melihat perubahan diri aku dari hari pertama di alam kampus sehinggalah sekarang,semester keempat.

  Benar seperti yang telah dikatakan dalam al-quran bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberi petunjuk kepada seorang hamba-Nya.

Aku Cuma mampu berusaha dengan berdoa dan menampakkan perubahan luaran diri aku.

Aku yang dulu hanya tudung bawal bidang 45’ dan sekarang sudah berubah kepada bidang 60’.Baju pun semua dah size XXL.Aktiviti-aktiviti aku lebih kepada keislaman dan pergaulan sangatlah aku menjaga.
Insyaallah,mungkin suatu hari nanti hatinya akan dibuka dan Allah akan makbulkan doa aku.Senyum.



  
 Musim salji bakal tiba,segala persediaan untuk menghadapinya telah aku uruskan.Musim ni la yang paling aku tak suka berbanding musim-musim yang lain.Walaupun dah hampir dua tahun aku hadapi musim-musim yang tiada di negara sendiri,aku masih tak boleh sesuaikan diri dengan musim sejuk.Kali ni kali kedua aku perlu hadapi.Sabar.

  Dari jauh aku ternampak Sofia sedang berjalan bersendirian.Pelik.Selalunya dia ramai kawan-kawan untuk diajak berjalan bersama.Aku terus menuju ke arahnya.

“Hai sahabat,dari mana ni?”

“Aku dari taman tadi,saja jalan-jalan situ.Kau dari mana ni,banyak banyak barang-barang kau borong?”

“Oh ya,baru balik dari beli barang keperluan.Kan musim salji dah nak dekat”

“Anna,kau free tak sekarang?Aku ada hal nak tanya pada kau.”

Terkejut.Tapi dalam hati ja aku buat reaksi ni.Kawal sikit.

Dalam hati  aku mula berdebar-debar pulak nak tahu apa yang ingin Sofia tanyakan.

Aku hanya senyum dan angguk.


*********************************************************

“Kau rasa aku boleh jadi macam kau tak,Anna?”.

Apa jenis soalan Sofia tanya pada aku nih.Dah macam aku ni rupa malaikat ja yang tak boleh dia jadi.Senyum.

“Insyaallah Sofia.Jika kau betul-betul ikhlas Allah akan bantu hamba-Nya dengan mudah.”

“Lagi satu.Sebenarnya aku nak ikut semua benda yang kau buat sekarang.Boleh tak Anna?”

“Alhamdulillah.Ni lagi la aku suka bila kau yang offer diri kau sendiri macam ni,Sofia.Boleh sangat-sangat”
“Tapi aku tak pandai sangat baca al-quran.Segan juga sebenarnya aku”.

“Alaa Sofia,dulu aku pun tak berapa lancar baca al-quran tapi masih bertahan ja samapai sekarang.Nanti lepas solat maghrib kita mengaji al-quran sama-sama ya”.Aku memeluk bahu Sofia untuk yakinkan dia.

“Ni buat aku bertambah saying dengan kau ni,Anna”.Katanya sambil cuba cubit pipi aku.

Alhamdulillah Ya Allah.Terasa inilah saat-saat paling bahagia dalam hidup aku.

Dan Sofia,aku harap kau terus istiqomah dan tsabat di jalan ini.Perjuangan kita masih baru bermula untuk melihat islam itu kembali tertegaknya seperti zaman Rasulullah dahulu.

Kitalah yang akan mengembalikan sunnah terbesar Rasulullah,iaitu dakwah dan tarbiyyah.

Khudrat kita masih kuat dan gunakanlah dengan sebaiknya untuk dikembalikan kepada pencipta kita.



Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

Cerita sebenar atau rekaan ni?

NurShahirah said...

rekaan dan ilusi semata mata ^.^