Wednesday, July 17, 2013

LANGKAH PILIHAN

Assalamualaikum wbt..
Selawat dan salam ke atas Murobbi teragung kita,Rasulullah SAW...

Insyaallah
Apa khabar iman hari ni?
*Ingat,Jawab dengan amalan ya*

Alhamdulillah..
Sahabat2 yang disayangi kerana Allah

Okeyh nak sambung post yang lepas..
Rasa mcm lama jugak bagi masa untuk sahabat2 berfikir kan
:)

Insyaallah,harap semua yang baca dapat mula berfikir jauh lebih matang..

Sesungguhnya Allah sangat sukakan orang2 yang menyuci jiwanya..
Dalam surah At-Taubah:Ayat 108


Ohh ya lagi satu permintaan 
Pastikan Tafsir Al-Quran ada disebelah ya semasa membaca setiap post..
untuk kepastian sahabat2 jugak.. 

Langkah Pilihan?
Yup hidup ini perlu untuk kita buat pilihan..
Allah telah nyatakan dalam surah Asy-Syams:Ayat 8

"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya"

Allah dah ilhamkan dah jalan2 yang perlu kita pilih
kejahatan ?
atau 
ketakwaan?

Semuanya terserah pada kita ja..

Yang pasti Allah tidak menciptakan 2 hati dalam 1 rongga manusia itu..
dalam surah Al-Ahzab:Ayat 4

Jadi boleh ka kita pilih kedua2 jalan tuh?
Pilihan hanya satu

Kita tak boleh berpatah balik kecuali bertaubat
Dan pilih jalan yang betul semula

Jadi pilihan jalan yang ingin dinyatakan di sini
Cubalah dekati kelompok2 orang yang berfikir
yang diumpamakan seperti taman taman syurga
Seperti diriwayatkan dalam hadis

Iaitu USRAH/BULATAN GEMBIRA/HALAQAH

Kalau masih tak dapat mendekati taman taman syurga nih
Jangan nak bermimpikan hidup di Syurga kelak
Tempat tempat yang terdapat dalam Syurga dimana penghuni- penghuninya sangt menyukainya

Buang segala EGO
Buang segala NEGATIVE THINKING

Yang perlu kita mind set cuma untuk
CARI REDHA ALLAH

Cubalah jinak jinakkan diri dekati
Petunjuk dari Allah hanya datang sekali cuma
Sayang sekali kalau kita abaikan
Tak rugi lagi banyak ilmu kita dapat ada la

Asyik nak bertangguh ja..
Yakinkah hari esok masih ada buat kita?
Kematian adalah rahsia Allah



Ketahuilah bahawa perhitungan Allah itu sangat teliti
Yakinkah kita sudah cukup amalan untuk checklists masuk Syurga?
 
Sudah cukup berimankah kita di mata Allah?
 
 Adakah kita sudah di uji seperti orang terdahulu?
seperti dalam Surah Al-'Ankabut:Ayat 2-3

Yakinlah kita pasti boleh lakukannya
Percayalah pada diri kita

Insyaallah
setakat ni saja post kali nih..

yang mana terkurang dari saya sendiri,afwan
yang terbaik itu hanya dari Allah..

Assalamualaikum..
:)