Wednesday, June 26, 2013

JALAN YANG DI CARI

Assalamualaikum..
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,Murobbi teragung kita

Apa khabar iman hari ni?
Jawab dengan amalan2 yang kita lakukan hari ni ya

JALAN YANG DI CARI??

Yes, I'll show you the way 
Because I want we together meet in Jannah not just in this World
 
tetapi yang memilihnya terletak pada diri sahabat-sahabat dan juga Allah
Apa yang cuba disampaikan ini adalah semuanya ilham daripada Allah
Lillahita'ala
 

"Bukanlah kewajipanmu(Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk,tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.Apa pun harta yang kamu infakkan,maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri.dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah.dan apa pun harta yang kamu infakkan,niscaya kamu akan diberi(pahala) secara penuh dan kamu tak akan dizalimi"
-Surah Al-Baqarah:Ayat 272-

Insyaallah
Bagi hamba-hamba Allah yang punya fikiran untuk berfikir
Tahukah kamu TUJUAN kita dihidupkan di atas muka bumi ni?

Terdapat dalam Al-Quran:
1." Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
-Surah At-Tur:Ayat 56-

2."Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh(berbuat) yang makruf,dan mencegah yang mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
-Surah Ali'Imran:Ayat 110-

Jadi tanya diri kita sendiri apa yang dah kita berbuat untuk Islam?
Ingatlah,Jangan sekadar orang Islam hanya sekadar pada IC ja..
Tak pun hanya seorang Islam yang biasa-biasa ja

Kelak nak masuk Syurga pun yang biasa-biasa juga ka?
Tidak
Kerana hidup di akhirat adalah yang abadi
Berfikirlah wahai sahabatku

Jalan Mujahadah (perlu menahan hawa nafsu duniawi) tu sangat perit dan tak dijanjikan kesenangan pun
Kerana Syurga itu manis



Hanya yang betul-betul melepasi ujian-ujian Allah yang berjaya hidup di dalamnya
Ingatlah,Allah itu Maha Teliti dalam urusan-Nya

Apabila hati mula nak berubah ke arah kebaikan terutamanya
Jangan berkata seperti dia dalam ayat nih
"Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,"Aku pasti melakukan itu besok hari"
-Surah Al-Kahf:Ayat 23-

Tetapi segerakanlah
Jangan sampai nyawa kita dah di kerongkong baru nak bertaubat dan berubah
Masa tu taubat pun TAKKAN diterima Allah dah

Yang paling penting
JANGAN TENGOK PANDANGAN ORANG PADA KITA
TERUSKAN APA YANG KITA PASTI HANYA UNTUK DAPATKAN REDHA ALLAH SAHAJA

Dan jangan pula jadi seperti di dalam ayat Al-Quran ini:
"Katakanlah (Muhammad),"Apakah perlu kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"
"(Yaitu) Orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya"
-Surah Al-Kahf:Ayat103-104-


 Post kali ni nak suruh sahabat-sahabat berfikir dulu
And i'll show you the next step to Jannah
Insyaallah

Lillahita'ala
Salam Alaik
Jaga Iman,Jaga Diri
:)


Tuesday, June 25, 2013

START FROM BASIC

Assalamualaikum...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Back to Basic or Start from basic...
that what i do now.

Bleach balik blog nih..
Buatlah sesuatu yang kita dapat manfaatkan kepada ummah..
Ilmu yang ada untuk disampaikan..
Insyaallah..
Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..
Hal Dakwah dan Tarbiyah..

Insyaallah..
Setiap topik untuk penjelasan dan pencerahan semua..
tak semua yang kita tahu,orang lain tahu jugak..
So lets share..
:)

Salam Alaik..